Ahad, 3 Ogos 2014

BREAST CANCER (KANSER PAYU DARA)

BREAST CANCER (KANSER PAYU DARA)

Kanser payu dara terjadi apabila sel normal payu dara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.

Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur. Hormon estrogen bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.

Ketidakimbangan hormon estrogen dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser payu dara.

Pada kebiasaannya, sel-sel dalam tubuh akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu inilah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu:

1. Benign (tumor bukan barah).
2. Malignan (tumor jenis barah).

Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payu dara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payu dara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payu dara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Sel-sel barah ini juga mampu bergerak untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal, sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).

Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

Kanser payu dara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah:

1. Kanser lobus yang berfungsi menghasilkan susu.
2. Sistem duktus payu dara yang berfungsi menghantar susu ke puting.
3. Tisu lemak di payu dara


Biasanya kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
1. Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.

2. Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.

3. Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.

ANTARA FAKTOR KANSER PAYU DARA
1. JANTINAKanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)

2. UMUR
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payu dara.

3. BALIGH DI AWAL USIAPara penyelidik menggelar fenomena ini sebagai 'baligh begitu muda' (precocious puberty), satu keadaan baligh yang bermula pada usia muda yang luar biasa, iaitu baligh ketika berusia bawah 12 tahun.

Kanak-kanak perempuan yang mengalami haid awal terdedah kepada lebih banyak estrogen berbanding kanak-kanak perempuan yang matang secara normal. Oleh itu, mereka mengalami pendedahan kepada estrogen sepanjang hayat, yang telah ditunjukkan dalam kajian meningkatkan risiko kanser payu dara.

4. GENETIKSekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidap kanser payu dara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payu dara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payu dara.

5. HAMIL SELEPAS USIA 30 TAHUN
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun, mempunyai risiko tinggi menghidap kanser payu dara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak teratur.

6. RADIASI

Pendedahan radiasi seperti sinar-X dan pelbagai radiasi di sekeliling kita semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payu dara.

7. MAKANAN

Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser payu dara. Terutama sekali pemakanan moden yang dipenuhi bahan pengawet dan bahan kimia.

8. SAIZ TUBUHWanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi estrogen dan pada wanita seperti ini paras estrogen lebih tinggi

9. UBAT-UBATAN

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG). Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali.

Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran estrogen dan progestogen sering diberikan. Dos estrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.

10. PERNAH MENDAPAT KANSER
Wanita yang pernah menghidap kanser ovari atau kanser rahim berisiko tinggi untuk mendapat kanser payu dara

11. ALKOHOL DAN ROKOK

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dan rokok dengan risiko pembentukan kanser payu dara.

ANTARA JENIS KANSER PAYU DARA
1. DUCTAL KARSINOMA
2. BAK LOBUL KARSINOMA
3. KANSER RADANG PAYU DARA
4. KARSINOMA MEDULARI
5. KOLOID KARSINOMA
6. PAPILARI KARSINOMA
7. METAPLASTIC KARSINOMA


TANDA KANSER PAYU DARA
1. Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.

2. Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.

3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.

4. Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payu dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payu dara juga akan berubah.

TAHAP KANSER
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi.

Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal. Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.

TAHAP KANSER PAYU DARA

TAHAP PERTAMAIni adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payu dara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payu dara sahaja.

TAHAP KEDUAPada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payu dara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

TAHAP KETIGASaiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payu dara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

TAHAP KEEMPATPada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payu dara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payu dara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.

PESAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS PSORAISIS" stage 4.

Alhamdulillah. ...seorang patient wanita yang menghidap penyakit kronik."RHEUMATOID ARTHRITIS PSORAISIS" stage 4.
Yang tidak diakui lagi oleh rawatan secara Allopati (konvensional).
Sebelum rawatan...patient yang telah 20 tahun menghidapi penyakit ini....dimana semua fizikalnya tidak boleh bergerak...tinggal kulit dan tulang yang hanya makan makanan melalui straw sahaja.
Setelah menjalani rawatan dengan kami hampir setahun....
Alhamdulillah. ...beliau kini dah boleh bergerak...tangan sudah boleh diangkat...kaki dah boleh digerakkan....mulut dah boleh digerkkan sedikit....badannya semakin berisi....sama2lah kita berdoa semoga beliau sembuh dan boleh menguruskan diri sendiri kerana ibu yang menjaganya sudah tua.....semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau....kami hanya membantu...Allah jua yang berkuasa menyembuhkan....Aaminnnn..

PESAKIT KAMI HARI INI...

Sabtu 2/8/2014
Seorang pesakit yang menghidap diabetis dan saraf...kaki bengkak akibat gout...tiada selera makan....tubuh lesu.
Setelah 3 kali rawatan beliau sudah kembali sihat dan bertenaga.
Kakinya yang mengidap gout....telah beransur pulih....

Seorang pesakit kanser payudara stage 3...mendapatkan rawatan pada 28/7/2014.
Doktor menyarankan beliau mendapatkan rawatan kimoterapi.
Sebelum membuat rawatan kimoterapi...beliau telah datang ke klinik kami untuk mencuba teknik rawatan neotropathy...
Reflexology. ...capsul trratment...bekam...rawatan asidosis....
Hari ini 2/8/2014....beliau datang lagi untuk menyambung rawatan. Keputusan ujian asidosis telah menunjukkan beliau telah semakin pulih.
Daripada penerangan yang diberi...kami dapati beliau sangat berpuas hati dengan kaedah ini....dan beliau rasa semakin lega dan sihat....alhamdulillah.

RAWATAN HARI INI

Rawatan hari ini...
1. Pesakit OKU
Selsema....waktu malam mulut berbau dan perut kembung...
Masalah penghadaman...
Rawatan asidosis...
*special rate utk OKU dan kanak2.
2. Pesakit umur 36 tahun.
Gastrik..kembung...pedih ulu hati sakit kepala dan pinggang
Masalah penghadaman dan buasir..
Rawatan asidosis...
3. Pesakit umur 23 tahun.
Sakit badan..lenguh2
Bekam...
4. Pesakit umur 56 tahun..
Sakit badan saraf...capsul treatment dan bekam serta rawatan asidosis.
5. Pesakit umur 34 tahun
Sakit badan sebelah kanan dan katanya adanya ada gangguan..
Bekam dan asidosis..