BREAST CANCER (KANSER PAYU DARA)
Kanser
payu dara terjadi apabila sel normal payu dara bertukar struktur dan
merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti
kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa.
Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.
Bagi payu dara
yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon estrogen bertanggungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan
sel-sel payu dara.
Ketidakimbangan hormon estrogen dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser payu dara.
Pada
kebiasaannya, sel-sel dalam tubuh akan membuat pembahagian dengan kadar
yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang
individu.
Apabila kadar
penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan
tisu. Lebihan tisu inilah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan
ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu:
1. Benign (tumor bukan barah).
2. Malignan (tumor jenis barah).
Jenis
ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang
tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada
para pengidap ketumbuhan payu dara adalah dari kalangan mereka yang
mengalami ketumbuhan jenis ini.
Barah payu dara
adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel
yang bermula dari bahagian payu dara. Ianya berkembang melalui proses
pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ dan seterusnya menyerang
organ serta tisu-tisu yang berhampiran.
Sel-sel barah
ini juga mampu bergerak untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan
asal, sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan
(Lymphatic system).
Inilah juga
cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian
organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali
sebagai metastasis.
Kanser payu dara boleh berlaku di mana-mana bahagian payu dara termasuklah:
1. Kanser lobus yang berfungsi menghasilkan susu.
2. Sistem duktus payu dara yang berfungsi menghantar susu ke puting.
3. Tisu lemak di payu dara
Biasanya kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:
1. Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
2. Kanser payu
dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke
seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang
pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal
dan ovari.
3. Adalah
dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah
berada dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu
ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun
sistem limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
ANTARA FAKTOR KANSER PAYU DARA
1. JANTINAKanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
2. UMUR
Semakin usia
meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25
tahun jarang sekali mengidapi kanser payu dara.
3. BALIGH DI AWAL USIAPara
penyelidik menggelar fenomena ini sebagai 'baligh begitu muda'
(precocious puberty), satu keadaan baligh yang bermula pada usia muda
yang luar biasa, iaitu baligh ketika berusia bawah 12 tahun.
Kanak-kanak
perempuan yang mengalami haid awal terdedah kepada lebih banyak estrogen
berbanding kanak-kanak perempuan yang matang secara normal. Oleh itu,
mereka mengalami pendedahan kepada estrogen sepanjang hayat, yang telah
ditunjukkan dalam kajian meningkatkan risiko kanser payu dara.
4. GENETIKSekiranya
seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris
perempuan terdekat) yang pernah menghidap kanser payu dara pada usia
yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payu dara akan
meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda
sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payu dara.
5. HAMIL SELEPAS USIA 30 TAHUN
Seorang wanita
yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30
tahun, mempunyai risiko tinggi menghidap kanser payu dara. Ini mungkin
ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak teratur.
6. RADIASI
Pendedahan
radiasi seperti sinar-X dan pelbagai radiasi di sekeliling kita semasa
usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap
kanser payu dara.
7. MAKANAN
Pemakanan telah
dikatakan mempengaruhi kadar kanser payu dara. Terutama sekali
pemakanan moden yang dipenuhi bahan pengawet dan bahan kimia.
8. SAIZ TUBUHWanita
yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini
adalah kerana lemak mengandungi estrogen dan pada wanita seperti ini
paras estrogen lebih tinggi
9. UBAT-UBATAN
Pil perancang
dan terapi hormon gantian (THG). Pengambilan pil perancang pada jangka
masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2
kali.
Rawatan hormon
gantian (THG) dalam bentuk campuran estrogen dan progestogen sering
diberikan. Dos estrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser
akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas
5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.
10. PERNAH MENDAPAT KANSER
Wanita yang pernah menghidap kanser ovari atau kanser rahim berisiko tinggi untuk mendapat kanser payu dara
11. ALKOHOL DAN ROKOK
Terdapat kajian
yang menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dan
rokok dengan risiko pembentukan kanser payu dara.
ANTARA JENIS KANSER PAYU DARA
1. DUCTAL KARSINOMA
2. BAK LOBUL KARSINOMA
3. KANSER RADANG PAYU DARA
4. KARSINOMA MEDULARI
5. KOLOID KARSINOMA
6. PAPILARI KARSINOMA
7. METAPLASTIC KARSINOMA
TANDA KANSER PAYU DARA
1. Gejala utama
yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran
cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar
payu dara.
2. Ketumbuhan
yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah
payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
3. Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
4. Apabila
kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu
dara dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan
pada kulit payu dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit
buah oren. Bentuk dan saiz payu dara juga akan berubah.
TAHAP KANSER
Tahap-tahap
kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas
penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi.
Biopsi adalah
suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk
kajian makmal. Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal
pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap
hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis
sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu
dipertimbangkan.
TAHAP KANSER PAYU DARA
TAHAP PERTAMAIni
adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payu dara. Pada
peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun
kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad
kepada bahagian payu dara sahaja.
TAHAP KEDUAPada
tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payu dara
akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian
payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian
bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
TAHAP KETIGASaiz
ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payu
dara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang
terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
TAHAP KEEMPATPada
peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada
bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian
payu dara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payu dara
pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar
ataupun tetulang penghidapnya.