Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini.
...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
Surah Sad Ayat 41
Jelas di
sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat
penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan
musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya
gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada
kehidupan yang selamat sejahtera.
Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu
merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa
tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh
syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu,
bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi
Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah
mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat
dibelenggu syaitan.
Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
- Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
- Badan terasa ringan dan bertenaga.
- Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-).
- Kulit menjadi tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
- Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
- Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
- Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
- Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
- Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
- Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
- Solat lebih khusyuk.
- Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
- Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
- Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
- Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
- Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan